Tuesday, August 9, 2011

illy amalina


ini membe rapat aku, nama dia illy amalina.
Aku sayang dia wok!! :DD
Banyak lah aku dah bwat nga dia nik. Kat mrsm lenggong aku duduk sebelah dia,
Aku suka webcam ngan dia, maklumlah, jauh di mata dekat dihati!

Dia dah berpunya! Pakwe dia macho! hehe~

tu je, bye~

Saturday, August 6, 2011

saje nak update blog.

wuwuwuwuwuw, gua byak esaimen menjelang nak raya nik, gua agak tension, tapi gua tetap relaks. :)







Monday, August 1, 2011

1.8.2011



Hari ni hari first puasa saya! yeay!


tapi tapi tapi,
saya ada kelas dari 5-6 petang. ouch! kriuk krak.


not in pic: syafira

saya rindu rumah nikkk. :(




Saturday, July 30, 2011

berfikir sejenak.


Hari ni tiba tiba aku berminat nak mencoretkan isu semasa. sebab bende aku nak post nik, serius bwat aku terkejut, tergamam, tidak percaya, ter ape ape ter lagi lah. tapi serius wa terkejut lah. sebab, baca dulu smpai habes berita nik. Aku copy paste je berita nik. sebab aku kan terlebey senaman. hehe~



Dalam Kenangan.
Al-Fatihah.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz
( Aleesya Farhana Abdul Aziz )
1985 - 2011


Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. -Bharian


Arwah meninggal dunia 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan dia rela mati dari terus dihina. Allah makbulkan permintaannya. sesungguhnya kata-kata yang kita ucap itu adalah sebuah doa. moga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan dari-Nya. Al-Fatihah.

cont.....
nak tahu kenapa aku terkejut. jeng jeng jeng....


kenapa dia macam lagi cun dari aku even aku perempeuan sejati yg tak payah nak turun naek mahkamah tukar nama kat mykad n aku free je nk g mane mane sebagai perempuan tanpa cacian n kutukan. tetapi mengapakah dia lagi pandai ber make up. why why why! huhu~ ada eye shadow tu! aku pon tak pernah ada. tudung pon batu batu, sedangkn aku kluar pkai tudung indon yg macam orang gaji pkai tu. huhu~

tetapi aku bersyukur aku perempuan, kerana dirimu begitu berharga syafiza. cewah! hehe~ :)

yeay! aku dah rajin hapdate blog. :)

Thursday, July 28, 2011

pelik

Saya sangat pelik dengan orang yag suka marah marah saya tetapi asyik nak mintak tolong kat saya je. Tapi selalu marah marah n selalu bengang ngan saya. apeee daaaa, pegilah mntak tolong dengan kawan kawan hang yg hang dok puja puja tu.

Jangan buli aku lah. huhu~

saya tahu, blog ni asyik diupdate bila tak puas hati jek. lepas ni berazam if ada bende best best akan ku share yekkk.

ok. nak sambung bwat esaimen, daaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, July 20, 2011

hati tgah panas. grrrrrr

hey awak,

awak jangan selfsh sangat boleh tak. awak tahu tak saya geram sgat ngan awak. awak dah menyusahkan bapak mak saya sekali. haish. awak tak blajar corporate ethics ke? Aristotle ada cakap, yang breaking promise salah satu bad virtue. so, peagang pada janji boleh tak. jgan lah menyusahkan kawan macam saya. otak saya mengelegak je bila fikir awak. saya harap awak faham lah. awak jgan bwat perangai camni boleh tak.
saya geram ni saya geram ni! geram sgat sgat tahu. awak ni, tak fikir orang. kawan ape camni. awak fikir lah sendiri. sbelom bwat keputusan tu fikir lah orang lain. saya malas cakap byaklah. saya harap awak baca dan awak tahu yg awak tu ialah awak. faham?

last word, saya marah dan geram dengan awak. tolonglah fikir orang lain juga. jgan pentingkan diri sendiri. fikir apa orang lain dah bwat tuk awak, ape orang lain dah korbankan untuk awak. ok awak, harap awak faham. peace no war! ;)

Saturday, July 9, 2011

tak tahu nak letak tajuk ape.

Helo Malaysia Brunei!

Aku teringin sangat nak jadik pencoret yang tegar dalam blog ni, tapi aku tak tahu nape, asal aku tekan new post je, ada benda kacau, end up aku lupa yang aku ada blog. Ok. Memandangkan sekarang aku tengah cuti mid-sem, aku nak cerita sikit aktiviti aku untuk hari ni. Bosan gila entri aku kali ni, tapi tak pe, sebab kira ok lah aku update blog ni. :)

Pagi,
Serius aku bangun awal pagi ni, sebab mak bapak aku pagi pagi dah bising telefon sedara mara sambil tengok google maps tuk pastikan semua sedara di segenap negeri akan ditelefon untuk dikhabarkan yang bapa saudara mak aku meninggal (inalillah, al-fatihah). So, aku bangunlah pukul 8 pagi. 8 pagi aku dah duduk atas sofa sambil memikirkan nak mandi ke tak pagi ni. ok, cukop sejam aku pikir pros n cons dia so dpatlah jawapan muktamad dan aku rasa tepat. kul 9 pon, aku bangun dari sofa pegi mandi lepas dah pkir punya pkir. Masul dlam bilik mandi, aku dudok atas kerusi basuh baju sambil berfikir lagi, kali ni aku fikir, nak gosok gigi ke tak ek. Adalah dalam setengah jam aku fikir, maklumlah harga barang dah naik kan, risau plak bapak aku kekurangan duit nak beli ubat gigi darlie banyak banyak. so, final decision, gosok jelah gigi! so, dalam kul 10 aku abes mandi, sebab byak sangat aku fikir kan. lepas je mandi, aku tgok adik-adik aku tido lagi n mak bapak aku hilang. aku tgok ada satu nota, yg berbunyi,

Kepada anakku Along,
Mak n Abah keluar,
tolong bwat sume kerja yang mak list kan ni,
mak tak sempat nak bwat tadi,

- Kemas dapur,
- Vacuum depan dan tengah,
- Sape berenda,
- Lipat baju awin

haaaaa,, tolong jemur kain sekali.


Aku tengok je nota ni, tengok pulak adik aku tido lagi, otak syaitonerojim pon datanglah. Dengan menggunakan kuasa veto, jadik,

Aku: Hoi adik adikku La dan Awin, sila bangun sekarang!
La, ni, mak ngan abah dah keluar, diorg suruh kamu kemas dapur,
vacuum depan ngan tengah, haaaaa, pastu ni, abah pesan kamu jarang balik rumah
so, kene sidai kain. along yelah tiap minggu balik. Baik bangun cepat.
Kalau tak along rosakkan laptop kamu. *mimik muka serius tak hengat*

Aku lagi: Awin wehhh,, kamu pegi lipat baju baju kamu sekarang. tak payah mandi lagi.
Abah cakap lipat sampai habis, kalu tak, satu baju satu rotan. nak ke? taknak kan?
So, lipat sekarang! tak payah mandi lagiii.

La ngan Awin: Baiklah akak manissssssssss. yelah yelah.
memanglah kamu sorang je rileks, *muka ngantuk*

Aku: Eh tolonglah! Along kene sapu bereda ok! Cepat Cepat bangun! Baik bangun cepat!

SO,, dua dua adik aku pon bgun mengerjakan segalah arahan. Jadi, kerja aku hanya sapu berenda! bijak kan! :)
Lepas je tu, aku duduk je depan laptop sampai petang. Hebatkan kakak camni!

Sekarang aku tgah google tuk tecnical presentation khamis ni. Doakan saya okie dokie. Sekian kisah pada pagi ini.

Cheers,
fiza





Friday, May 20, 2011

Bila Ada Benda saya Mahu Share. :)

ok. saya tahu, saya dah lama tahap infinity tak update blog. bukan sebab takde crite, bukan juga sebab dah lupa, malah bukan juga sebab sebok bercinta (ni paling taklah) tetapi sebab sangat sebokkkkk. sangat sangat sampai rase nak bakor je utp tu. tension gua dengan akademik struktur baru dia ni. trisem bagai. bwat orang maki je wehhhh. rase nak je serang rumah rektor untuk memeperbahas ketidaksenangan ni, tapi kang dia tarik jadik preseiden MPP plak, sebab hebat sgat kan. bukan taknak jadik, tapi kesian kat kawan kawan gua yang trigin sangat. mak gua cakap jgan amik peluang atau rezeki orang. ok. takde kaitan.

haaa tgok,,punya lama tak klik newpost, lupa plak nak wish assalamualikum.

ok. assalamualikum.haaaa,,ni baru nak mula crita.

sekarang tgah cuti sem, so, memang ronggeng sakan lah. naseb tak tertonggeng jek. setakat ni baru tgok dua muvee, ni nak komen.

First muvee: nur kasih the movie.
ni memang sebijik macam dokumentari jejak rasul je bila tgok. tgok nurkasih trigat jejak rasul, tgok jejak rasul balik ingat nurkasih. so, nak gambaran nurkasih, g google jejak rasul. memang sebijik wa cakap lu. cuma yg lainnye, nurkasih ade jeham miskin ngan mia sara tu. ok. memang nguap2 r dalam cinema tu. cerita dia boleh lah. tapi berlubang lubang. kejap tua kejap muda, kejap mati kejap idop. eee,,xmo komen byak byak r,,,kang khabir bhatia ajak partnership sekali. kan susah.

second muvee: pirates ape entah. lupa tajuk. tapi pirate yg captain jack sparrow tu lah.
cerita ni,,starting memang boringlah. serius. dahlah tgok 3d, spek tu berat, tambah ngan spek betol lagik, udah gelap je skrin tu bila crita menjadi boring. tengah2 ngan akhir2 je best. tapi ape ape pon layanlah. bes dari nur kasih kot. sebab rase jack sparrow tu nak maen kissing plak. atau ini faktor spek 3d tu. lu pikirlah sendiri.

btw, tadi naek bas. ade sepasang kekasih, konon-lovely-tahap-maksimum duduk belakang aku, perhhh perrhhh,,dok bunyi cam ayam mengeram telor tapi yang kluar telur burung. dok aduh-aduh, taknak-taknak, kat belakang aku. seram aku denga. wehhhh,,kalau u'all nak bercinta sekalipon,,,saya tak kesah. tapi tolonglah jgan bwat bunyi pelik pelik. nak je ceramah kat diorg ni tadi. dah lah hijau lagi dua2 ni. baju pon mak bapak basuh lagik. baru abes spm kot. nak je tekan loceng turun teros,, tapi kang aku plak kene jalan kaki. so, lupakan sajalah. :)

rase cam itu je nak tulis. bubui.

p/s: sedang mencari placement internship. harap2 dapatlah yg best2. ngeeee~

Sunday, January 9, 2011


ok. jgan tertipu degan tajuk entri.tajuk entri tak de kene mngena. aku bukan nak crite pasal cinta cinta ni. bawah umur. ok. aku jugak bukan nak crite pasal lelaki ensem atau lelaki macho. so, jgan salah faham. bukan juge aku mahu crite pasal diri aku. tak menarik. basi. aku cuma nak cakap,,
tahniah ANNA RAFFALI. kau menang wehhh! aku memang nak si Anna Raffali ni menang. n second shahir. tapi shahir tak menang. duh. tapi tak pe le. tak de rezeki le tu shahir. tapi kan shahir dah ensem wehh. gigi dia da tak rongok. bertambah tambah le aku suke dia ni. ♥♥♥
i love u shahir!
TAHNIAH ANA RAFFALI! u deserve it! bia je ape org nak ckap. :D

Saturday, January 8, 2011

assalamualaikum

haaaaaa tgok. kan aku da ckap, 2011 aku akan brubah. tak percaya? tgok permulaan entri aku. mane penah aku kasi salam. selalu redah je mane mane. iye. aku ni memang jenis men redah. even jawab test mahupun final exam. aku sentiasa redha. ok.sudah.

hai 2011! tak terlambat kot aku nak wish. mane tak nye. asal aku nak update blog je, tekan new post da ngantok. bertimbon draft aku. tapi aku malas nak sambong ape dlam draft. dah basi. laenlah kalau aku nak crite yg aku jumpe sorang laki ensem sementara nak lintas jalan tadi. itu memang akan segar d ingatan selalu. serius. tak penah jumpe semacho tu. lelaki tu diri sbelah aku derrr. KEBETULAN jalan sesak gile waktu nak melintas. maklomlah aku duduk kuala kangsar, so agak ceruk sikit dan memang tiada jejantas. kene tunggu lama lama baru boleh melintas. syok jugak. tgok huruf besa dekat ejaan kebetulan, betapa ia begitu kebetulan dan aku yakin aku takkan jumpe dia lagi. ouch! seperti biasa, aku dengan mp3 aku. hentak hentak kepala sikit sementara nak melintas. aku rase macam ade org dok usha aku. aku pon renung le balik. ok. sudah. aku sahaja yg renung dia dari tadi. dia mungkin hanya menganggap aku seorang makcik menjual pisang goreng d tepi jalan. ok. tutup cerita laki ensem sebab memang aku takkan jumpa kau lagi. mana tak nye, aku nak balik kampus da. geli plak taip perkataan kampus tu. sebb u aku macam tengah hutan kot. malam malam banyak binatang tak halal lalu lintas. stakat ini sahaja jodoh kita wahai laki ensem.

cuti sem ni aku duduk rumah tolong mak aku je, setiap hari lipat kain sampaikan aku tak tahu nak bwat ape, aku porak perandakan kain aku lipat tu, kemudian lipat balik, porak peranda balik, lipat balik, sampailah aku rase baju tu dah bergaris asyik dlipat baru aku simpan dlam almari. memang tajam lah garisan wa cakap lu. maklomlah, gua bukan kaki muvee atau kaki lepak derrrr. kalau kluar pon, hanya untuk membeli gula yg kehabisan drumah. kalau tak beli tak boleh bancuh air. ok. stop pasal aktiviti aku. tak menarik. serius.

bye bye. aku tak larat nak menaip lagi memandangkan aku byak sgat kerja tertangguh. aku nak bwat proposal dulu. proposal ape? itu yg kite tak tahu. sekian. :D

Friday, December 31, 2010

cerita 2010.

aku mlas nak taip. tapi memandangkan 2010 nak akhir, aku gagahkan jugak segala sendi jari tuk menaip. ok. aku ade cerita.

cerita 1: petang tadi aku pegi pasar mlam. aku nampak psagan kapel ni. fulamak wa ckap lu! diorg nak tunjuk diorg sweet konon, pkai baju kapel konon. yg pompuan pkai yg ade huruf LO n gamba love sekerat, yg laki pkai ade huruof VE n love lagi sekerat. bile cantum kononye love le. yakkkkksss. aku geliiiiiii. tgok brape i aku bubuh, menandakan aku sgat geli. serius. ok. mungkin aku xopen. lantak le kan. tapi, ekseli, aku xkesah, memang sweet. biasalah kapel. tapi ini kes laen,,love tu warna hijau pekat gile! menyerlang gile!hijau yg highlight tu! wth man! sakit mata duh waktu petang2 tgok korang. ok. kalo suami istri n ade anak kecil sorang , n suami istri tu pkai baju kapel. memang cute wa ckap lu! ni budak belasan tahun doe! aku akan 20 lagi beberapa jam. itu yg aku nak sgat tego budak budak atau kanak kanak bawah aku. dah le budak belasan tahun, perempuan siap pkai sluar ketat petak petak tu. laki plak dok rokok asap sana sini. kalu rokok mahal takpe jugak. ni rokok entah jenama ape. tak tahan bersama cermin mata hitam besa. wtfish man! spek hitam di petang nak hujan. dohhhhh!! kau memang bwat lawak!! sumpa aku usha korang berdua. sampai nak tebuk spek aku. aku sampai rase nak baling karipap sebijik. tapi bwat ape rugi 50sen kat korang. hilang slera nak beli makanan bile usha korang.ok. ni tipu. tak mungkin aku akan hilang selera hanya kerana ini. orang cakap bende jijik pon aku maseh lalu nak makan. :D

cerita 2: aku tak kesah lansung bile male hisap rokok. term male dgunakan agar bahasa aku tidak terlalu kasar.ok. ade skali ni, aku nak beli barang. aku berdiri sbelah ade male ni tgah hisap rokok. fine r dia nak hisap rokok kan. tapi aku cukop meluat sampai rase nak picit picit je male ni, bile ade ke dia pegi dok hembus asap asap rokok tu kat aku. ape kes kau! kalau kau hensem macam dafi ke randy pangalila ke baim wong ke atau cukoplah macam shahir AF tu, xpe weh. kau hembus sampai muka aku hitam asap pon tak pe. ni tak,,muka kau berkarat wehhh.hitam! haaa amik! basikal karat adek aku macho lagi. muka macam tu ade hati nak hembus hembus asap rokok kat aku. kalau skali mungkin kau tak sengaje, tapi ini suda lebey wehhh. lebey skali. kasi lempag mahu? aku boleh jadik seperti rakeshi jika aku mahu! duh, baek percaya. seram kan. iye. rakeshi mahupun the rock aku bole jadik. tapi aku malas cari gado. so aku blah. beli rangka ayam lagi bagus. aku pon blah ngan muka senyum luas gile sampai nampak gigi jarang aku. kalau aku jumpe kau, aku bakal mengegarkan dikau! o yeah!

ok.sekian. mungkinkah ini kali terakhir aku punye entri yg tidak baik? *wink wink
itu yg kite tak tahu! babai! :D

Thursday, December 30, 2010

saya diugut untuk membuat entri ini

actually,tag ni fr0m nana. tapi tak sempat jawab nana da delete blog dia. apekah yg terjadi nana? adakah dikau sedeyy kerana saya tidak mnjawab tag anda? *wink wink. jgan begitu yek cik nana. kini saya muncul. :D
nana da delte so, aku curi dari kamarul gedebak punye blog. gedebak perlu ditulis untuk menunjukkan bahawa kamarul ini bakal mengegarkan dunia! iye. dia mampu bwat satu dunia bergegar. :)

1. Benda paling penting dalam hidup k0rang?
byak doe! sehingga tak mampu diucapkn dengan kata kata.
gincu,compact powder, celak, eye liner. ok tipu. aku bukan gadis yg memerlukan bende tu! beli bedak compact pon xpernah wa ckap lu! iye! tak tipu punye. kat u tgok org ade bedak compact memang nak jugak. jadi, cilok mak punye jek. 2 tahun pkai xabes wo! :D

2. Benda terakhir beli guna duit sendiri?
sumi segi tiga tu. beli dua paket besa. oh,,adekah anda tak tahu ape itu sumi? jelly tiga segi yg sering diberikan waktu kenduri kawin dan bufday party tu. iye. aku xtipu. aku sgat suke bende tu. aku sanggup seandainye orang kasi hadiah tu sebagai hadiah bufday! serius aku suke. :D

3. Di manakah k0rang akan melangsungkan perkahwinan n tema?
Nak kawen kt tepi pantai waktu sunset. Bali seems an ideal place kan? :D
tema? d0wn da mem0ry lane. pics me n my future wife will scatter all 0ver da place.
pics since we were babies, childh0od time, sch0ol, n c0llege life. :)
s0 b0th 0f us bleh flashback all 0ur w0nderful mem0ries t0gether!
nice kan? (ini adelah jawapa kamarul gedebak tu) oohhhh,,,bagi aku itu sungguh tak nice. tak smart weh!

aku ingin melangsungkn perkahwinan, hanya keinginan, dan aku sgat pasti tidak akan menjadi kenyataan. pasti 100% wa ckap lu!
aku nak kawen kat hotel yg siti kawen tu. aku tak tahu nama tapi aku nak kat situ. rendah kan keinginan aku. tapi, aku xmain r door2 gift ni. selalunye dewasa dpat telur ayam, tapi aku tak mahu itu semua. setiap guest, ibu bapa aku nak kasi telur cicak 5biji each. bagi siapa dpat membesarkn cicak itu dengan jayanya, akn dikasi hadiah lagi besa! unik kan aku. :D tapi ofkos tujuan aku adelah untuk menghapuskan cicak. bukankah cicak musuh nabi. oh! begitu suci hati ini. :D
kanak kanak aku nak kasi, belon tiup2 each. oh! so cute! :D

4. Adakah anda sedang bercinta?
0hh cukup menyedihkan. my l0ve st0ry haven't started until n0w.n0 w0rries. da time will c0me 0ne day. iye. aku yakin! hidop aku akan tamat dengan hepi endings! errr errrr. :D

5. Berapa lama k0rang akan mencintai kekasih k0rang?
sehingga maut memisahkan kami. serius aku menggeletar taip bait bait ini. kerana, jawapan ini namapak plastik. rase nak lempanag muka sniri!

6. Di manakah k0rang sering berjumpa kekasih k0rang?
bwat aku emo je soklan2 camni. haish.

7. Novel/buku/majalah terakhir di beli?
kau milikku.novel terbitan buku prima. novel nak jiwang je aku ni. bercintanye tak. eh,,masih bwah umor aku nak bercinta. ini pendapat aku. who cares kan?

8. Nama penuh?
Diyana Batrisya Reffali Binti Md Shariffuldin. ok. ini hanya nama harapan aku. nama aku yg sebenar ialah: Nor Syafiza Binti Md Shariffuldin. jauh kan beza. plastik gile aku ni!

9. Antara mak n ayah mana k0rang ag mesra?
mak ofkos! ops. sama je kot. :D

10. Namakan 0rang yang k0rang betul betul nak jumpa?
oh! *wink wink. lu pikir lah sniri!

11. K0rang basuh baju k0rang sendiri?
mesin.

12. Tempat yang k0rang betul betul nak pergi?
Paris! ecey!

13. Peluk atau cium?
dua dua bole? *wink wink.
tapi peluk lagi syok wehhhh. rase slamat. ecey!

14. 3 benda tentang 0rg yg beri tag?
Nana?
Baik,pandai, cun gile wa ckap lu! putih. :D

15. 5 benda paling disayangi?
lebih lima. karang aku state lima yg laen jeles. so aku mlas nak state. :D

16. Lagu paling suka n slalu dengar?
byak tak terkira.sebab aku slalu bajet cool denga mp3 if jalan sorang2. :D

17. Birthday k0rang n kat mana celebrate thn lepas?
macam tak sambut je taun lepas. aku sniri slalu lupe bufday aku. serius tak tipu. :D

sumpa letih taip. ok. bye. thanx nana 4 d tag. :D

Thursday, December 16, 2010

kereta

Wahhhhhhhhh,, aku sniri lupe yg aku ade blog. lama gile xupdate. berpuaka da blog aku. mungkin ade penunggu da kot. bende cuti sem pon da lama kot bermula. eh, hye! rasa nervous plak nak tulis entri kali ni. rasa suNGGUH LAMA TAK LOGIN BLOGSPOT NI. haaaa tgok, punye nervous smpai tertekan caps lock. rugi tenaga, so malas nak tekan backspace.

Kali ni nak cakap yg aku bakal test jpj kereta weh. ok syafiza. jangan bongkak sangat. ramai kawan ko yg da dapat P. kali ni serius wa cakap lah,,sangat cuak utuk test jpj ni. sememangnye aku patut cuak. sebab pedal brek dengan miyak pon tak boleh nak agak. aku punya lah bersedia nak berhenti bila lampu isyarat warna merah. punya bersedia nak tekan brek, mnyak jugak yg aku tekan. nasib baek pakcik ajar aku masih selamat.
pesanan pakcik tu: "syafiza, kaki tu cuba rajen sikit bersedia dekat brek."

alah,,xmencabar lah kaki asyik kat brek pakcik.sekarang baru aku faham kenapa ada dua pedal brek dalam kreta yg bertanda L. ok. cukop pasal lesen. aku harap aku pass. dpat P. o yeah!

entri ni jugak, aku nak cakap yg aku baru balik dari langkawi. byak giloshhh cerita yg aku cerita. ape punye ayat daa. patut bm b. aku ade banayak cerita dari langkawi.

cerita 1: pagi itu cuaca cerah. aku keluar ke laut untuk mencuci mata terhadap jejaka2 hensem langkawi yg berseluar hawaii. ok. tamat.

cerita 2: tengahari itu hujan pula. aku segera pulang ke kondo dengan niat di pemikiran suciku bahawa petag ini sambung cuci mata sambil tgok sunset lah katakan. ok. tamat.

cerita 3: petang itu cerah. aku sambung cuci mata. tup tap,,ade orag ngorat aku weh. dia berseluar hawaii. tiba tiba dia duduk sebelah aku. sembang sembang gaya macam aku satu universiti dengan dia. siap mintak nombo fon weh. point sebenar nak sampaikan,,aku ade peminat. okeh. sape percaya cerita 3 ini, sgatlah senang ditipu. kerana cerita 3 ini aku menipu. xde makna orang tiba2 duduk sebelah aku. aku kan penyegan. ok. tamat.

ok,,ketiga tiga cerita ini tipu semata mata. yg sebenarnye, aku diperlakukan seperti org indon. gaya pon da macam org indon. aku kehulu kehilir ikot mak bapak aku beli piggan. sgat letih. sangat. xsempat cuci mata wehhh. aku hanyalah tukang angkat pinggan. ini serius. ini baru cerita benar. sakai gile aku. serius.

aku taktahu ape aku mencarut ni. so sekian. bai. :) ehhh,,nak letak gamba lah.



ini famili aku






Friday, October 29, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.


Monday, October 25, 2010

kehilangan.

Hari ini henfon saya hilang. Saya sgat takot bagaimana hendak membeli henfon laen. ini kerana saya tiada duit. duit saya xde le banyak sgat. uuuuwwwaaaaa~~~ bagaimana saya nak buat. lantak le. esok saya ade test,,so malas nak fikir lagi. sape jumpa henfon saya beritahu saya taw.

*ayat skema mengikut mood.
:( :)

Wednesday, October 20, 2010

surat nak kasi gempak jek.

surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE' nya........


Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.



Reply from the future wife.........


Assalamualaikum.

Pagi yang indah. Kelas tak ada. So, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? Apa? Tidur? Oh sorry sikit yea. Aku tak ada lah malas sangat sampai asyik nak tidur. Okay fine aku memang tidur pun. Sampai pukul 11 baru lah aku bangun. Awal lah juga. Awal dari kebiasaan. Aku bangun pun sebab ada benda pelik yang berlaku.

Kisahnya macam ni; Masa aku tengah dok tidur tu, aku di kejutkan dengan panggilan someone.

Aku terus buka mata dan pick up phone aku.

"Hello...." Aku menjawab telipon. "Walaikummusalam!" Dengar suara perempuan di hujung talian. Aku memang nak kasi salam tadi. Tapi... tak sempat. "You tengah buat apa ni? Tidur ke?" "Erm.. Yer" "Asyik tido je tau. Pemalas." Perh, kerek betul minah ni. "Siapa ni?" Tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number. "Siapa I? You tanya siapa I? You agak I ni siapa?" "Mana la I tau" Jawab aku yang tengah mamai.

"I ni, wife you lah. I call dari masa hadapan." Aku terdiam berfikir. "Masa bila pula I kahwin? I belajar tak habis lagi."

"Kan I dah cakap yang I call dari masa hadapan. You muda-muda dah pekak."

Perh, sabar je. Sabar je. Tapi tak apa. Aku layan. Aku terus bagun dari katil. Aku pergi kat meje Fakh, dan ambil rokok. Then baru aku ingat, sejak bila pula aku hisap rokok? "Hey, kat masa hadapan nanti, I hisap rokok tak?" Aku tanya perempuan kerek tu.

" Haha. Tak. You still macam dulu. Semua benda tak reti. Merokok pun tak reti. Entah apa yang you reti pun I tak tahu"

Aku diam. Terasa sebenarnya. "Well, I call you sebab I nak suruh you buat sesuatu" Sambung dia. "Buat apa?"

"Check mail box you. I hantarkan surat. Khas untuk you" Selepas dia cakap, terus dia letak phone.

Manis betul perangai awek-awek sekarang. So, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat. Aku tengok-tengok. Cantik suratnya. Siap ada kesan bedak lagi. Apa tah letak bedak. Orang main perfume dah sekarang. Mana main bedak lagi. Aku buka dan baca. *Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.*

Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss. You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat; "Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung? Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu. Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you? Dear ONLY you. Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna. Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung. You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia. Dear my ONLY husband.

Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you? Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh.

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal.

You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami come with the brain tau. Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu. Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I.





nah amik!!! entri panjang punye! :)


Friday, October 1, 2010

hek eleh.

hek eleh anda. ece ce ce ce, anda da pndai brlagak sekarang. pandai da brlagak gaya org bandar. hek eleh skali lagik. xheran le. nyampah weh. anda ingat anda hot bile anda brlagak? lu pkir lah sniri anda! pppiiirrrraahhhh... :)
sory~

Thursday, September 23, 2010

Syawal Masih Wujud.


Bapak lama xhapdate blog yg serba biru ni. Malas gile cam kerbau nk mandi kot. Memandangkan mood masih Syawal, jadik, SLAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! Kutipan raya pada musin ini amatlah menghampehkan ibarat mengangkat gajah menggunakan jari kelingking. Mungkin sedara xbyak kot. Ye! memang sedare xbyak pon.


Gambar di atas menunjukkan perkumpulan sedara d hari raya pertama! cukup 3 kluarga sbelah mak! so, sikit kan. :)

Tempat beraya hanyalah sekadar Kuala Kangsar Bandar Diraja n Ipoh mali. Inilah rutin setiap kali raya. Kuala Kangsar, Ipoh. Stadi pon xpenah nye kluar Perak. Di sini ingin menyatakan bahawa Perak sangat cool! best! Semoga kerja pon di Perak juga. Boleh jugak dekat dengan mak bapak *ayat baik jap. Bila raya mesti cuti, bila cuti wajibalngunnah le melepak ngan kimie n ayu ni. Cuma kali ni illy si twinny ni wujud le pulak.


Dua ekor ni memang kawan penghancus aku r. Beriku, kimie n ayu. :)


illy berbaju biru. *kang terasa plak xletak dia ni.

Sem dua suda bermula. Seperti biasa, angan angan Mat Jenin bermula. Kali ni angan angan pasti dikecapi! Mungkin.

Sumpa mlas nak taip2 ni. Taip Programming pon mlas gile. Apatah blog. So, bubui! :)



MERAH TANDA BERANI! O YEAH!

Wednesday, August 4, 2010

malas malasan

Mood sekarang sgatlah mlas nk mengupdate blog ni. Tapi sian plak.

Jadi singgah kejap tuk tukar lagu jek. huhu~ ok! da singgah.
bubuiiii~~~
:D

Wednesday, July 21, 2010

HEPI FAMILY ! :)


Tiba - tiba rasa nak post pasal family. SAYA SAYANG FAMILY SAYA YEK!! :)













- gambar menunjukkan identiti - *kecuali gambar si penulis (sebab nk sylo jek) haha~