Saturday, July 9, 2011

tak tahu nak letak tajuk ape.

Helo Malaysia Brunei!

Aku teringin sangat nak jadik pencoret yang tegar dalam blog ni, tapi aku tak tahu nape, asal aku tekan new post je, ada benda kacau, end up aku lupa yang aku ada blog. Ok. Memandangkan sekarang aku tengah cuti mid-sem, aku nak cerita sikit aktiviti aku untuk hari ni. Bosan gila entri aku kali ni, tapi tak pe, sebab kira ok lah aku update blog ni. :)

Pagi,
Serius aku bangun awal pagi ni, sebab mak bapak aku pagi pagi dah bising telefon sedara mara sambil tengok google maps tuk pastikan semua sedara di segenap negeri akan ditelefon untuk dikhabarkan yang bapa saudara mak aku meninggal (inalillah, al-fatihah). So, aku bangunlah pukul 8 pagi. 8 pagi aku dah duduk atas sofa sambil memikirkan nak mandi ke tak pagi ni. ok, cukop sejam aku pikir pros n cons dia so dpatlah jawapan muktamad dan aku rasa tepat. kul 9 pon, aku bangun dari sofa pegi mandi lepas dah pkir punya pkir. Masul dlam bilik mandi, aku dudok atas kerusi basuh baju sambil berfikir lagi, kali ni aku fikir, nak gosok gigi ke tak ek. Adalah dalam setengah jam aku fikir, maklumlah harga barang dah naik kan, risau plak bapak aku kekurangan duit nak beli ubat gigi darlie banyak banyak. so, final decision, gosok jelah gigi! so, dalam kul 10 aku abes mandi, sebab byak sangat aku fikir kan. lepas je mandi, aku tgok adik-adik aku tido lagi n mak bapak aku hilang. aku tgok ada satu nota, yg berbunyi,

Kepada anakku Along,
Mak n Abah keluar,
tolong bwat sume kerja yang mak list kan ni,
mak tak sempat nak bwat tadi,

- Kemas dapur,
- Vacuum depan dan tengah,
- Sape berenda,
- Lipat baju awin

haaaaa,, tolong jemur kain sekali.


Aku tengok je nota ni, tengok pulak adik aku tido lagi, otak syaitonerojim pon datanglah. Dengan menggunakan kuasa veto, jadik,

Aku: Hoi adik adikku La dan Awin, sila bangun sekarang!
La, ni, mak ngan abah dah keluar, diorg suruh kamu kemas dapur,
vacuum depan ngan tengah, haaaaa, pastu ni, abah pesan kamu jarang balik rumah
so, kene sidai kain. along yelah tiap minggu balik. Baik bangun cepat.
Kalau tak along rosakkan laptop kamu. *mimik muka serius tak hengat*

Aku lagi: Awin wehhh,, kamu pegi lipat baju baju kamu sekarang. tak payah mandi lagi.
Abah cakap lipat sampai habis, kalu tak, satu baju satu rotan. nak ke? taknak kan?
So, lipat sekarang! tak payah mandi lagiii.

La ngan Awin: Baiklah akak manissssssssss. yelah yelah.
memanglah kamu sorang je rileks, *muka ngantuk*

Aku: Eh tolonglah! Along kene sapu bereda ok! Cepat Cepat bangun! Baik bangun cepat!

SO,, dua dua adik aku pon bgun mengerjakan segalah arahan. Jadi, kerja aku hanya sapu berenda! bijak kan! :)
Lepas je tu, aku duduk je depan laptop sampai petang. Hebatkan kakak camni!

Sekarang aku tgah google tuk tecnical presentation khamis ni. Doakan saya okie dokie. Sekian kisah pada pagi ini.

Cheers,
fiza





2 comments: