Wednesday, July 20, 2011

hati tgah panas. grrrrrr

hey awak,

awak jangan selfsh sangat boleh tak. awak tahu tak saya geram sgat ngan awak. awak dah menyusahkan bapak mak saya sekali. haish. awak tak blajar corporate ethics ke? Aristotle ada cakap, yang breaking promise salah satu bad virtue. so, peagang pada janji boleh tak. jgan lah menyusahkan kawan macam saya. otak saya mengelegak je bila fikir awak. saya harap awak faham lah. awak jgan bwat perangai camni boleh tak.
saya geram ni saya geram ni! geram sgat sgat tahu. awak ni, tak fikir orang. kawan ape camni. awak fikir lah sendiri. sbelom bwat keputusan tu fikir lah orang lain. saya malas cakap byaklah. saya harap awak baca dan awak tahu yg awak tu ialah awak. faham?

last word, saya marah dan geram dengan awak. tolonglah fikir orang lain juga. jgan pentingkan diri sendiri. fikir apa orang lain dah bwat tuk awak, ape orang lain dah korbankan untuk awak. ok awak, harap awak faham. peace no war! ;)

Saturday, July 9, 2011

tak tahu nak letak tajuk ape.

Helo Malaysia Brunei!

Aku teringin sangat nak jadik pencoret yang tegar dalam blog ni, tapi aku tak tahu nape, asal aku tekan new post je, ada benda kacau, end up aku lupa yang aku ada blog. Ok. Memandangkan sekarang aku tengah cuti mid-sem, aku nak cerita sikit aktiviti aku untuk hari ni. Bosan gila entri aku kali ni, tapi tak pe, sebab kira ok lah aku update blog ni. :)

Pagi,
Serius aku bangun awal pagi ni, sebab mak bapak aku pagi pagi dah bising telefon sedara mara sambil tengok google maps tuk pastikan semua sedara di segenap negeri akan ditelefon untuk dikhabarkan yang bapa saudara mak aku meninggal (inalillah, al-fatihah). So, aku bangunlah pukul 8 pagi. 8 pagi aku dah duduk atas sofa sambil memikirkan nak mandi ke tak pagi ni. ok, cukop sejam aku pikir pros n cons dia so dpatlah jawapan muktamad dan aku rasa tepat. kul 9 pon, aku bangun dari sofa pegi mandi lepas dah pkir punya pkir. Masul dlam bilik mandi, aku dudok atas kerusi basuh baju sambil berfikir lagi, kali ni aku fikir, nak gosok gigi ke tak ek. Adalah dalam setengah jam aku fikir, maklumlah harga barang dah naik kan, risau plak bapak aku kekurangan duit nak beli ubat gigi darlie banyak banyak. so, final decision, gosok jelah gigi! so, dalam kul 10 aku abes mandi, sebab byak sangat aku fikir kan. lepas je mandi, aku tgok adik-adik aku tido lagi n mak bapak aku hilang. aku tgok ada satu nota, yg berbunyi,

Kepada anakku Along,
Mak n Abah keluar,
tolong bwat sume kerja yang mak list kan ni,
mak tak sempat nak bwat tadi,

- Kemas dapur,
- Vacuum depan dan tengah,
- Sape berenda,
- Lipat baju awin

haaaaa,, tolong jemur kain sekali.


Aku tengok je nota ni, tengok pulak adik aku tido lagi, otak syaitonerojim pon datanglah. Dengan menggunakan kuasa veto, jadik,

Aku: Hoi adik adikku La dan Awin, sila bangun sekarang!
La, ni, mak ngan abah dah keluar, diorg suruh kamu kemas dapur,
vacuum depan ngan tengah, haaaaa, pastu ni, abah pesan kamu jarang balik rumah
so, kene sidai kain. along yelah tiap minggu balik. Baik bangun cepat.
Kalau tak along rosakkan laptop kamu. *mimik muka serius tak hengat*

Aku lagi: Awin wehhh,, kamu pegi lipat baju baju kamu sekarang. tak payah mandi lagi.
Abah cakap lipat sampai habis, kalu tak, satu baju satu rotan. nak ke? taknak kan?
So, lipat sekarang! tak payah mandi lagiii.

La ngan Awin: Baiklah akak manissssssssss. yelah yelah.
memanglah kamu sorang je rileks, *muka ngantuk*

Aku: Eh tolonglah! Along kene sapu bereda ok! Cepat Cepat bangun! Baik bangun cepat!

SO,, dua dua adik aku pon bgun mengerjakan segalah arahan. Jadi, kerja aku hanya sapu berenda! bijak kan! :)
Lepas je tu, aku duduk je depan laptop sampai petang. Hebatkan kakak camni!

Sekarang aku tgah google tuk tecnical presentation khamis ni. Doakan saya okie dokie. Sekian kisah pada pagi ini.

Cheers,
fiza





Friday, May 20, 2011

Bila Ada Benda saya Mahu Share. :)

ok. saya tahu, saya dah lama tahap infinity tak update blog. bukan sebab takde crite, bukan juga sebab dah lupa, malah bukan juga sebab sebok bercinta (ni paling taklah) tetapi sebab sangat sebokkkkk. sangat sangat sampai rase nak bakor je utp tu. tension gua dengan akademik struktur baru dia ni. trisem bagai. bwat orang maki je wehhhh. rase nak je serang rumah rektor untuk memeperbahas ketidaksenangan ni, tapi kang dia tarik jadik preseiden MPP plak, sebab hebat sgat kan. bukan taknak jadik, tapi kesian kat kawan kawan gua yang trigin sangat. mak gua cakap jgan amik peluang atau rezeki orang. ok. takde kaitan.

haaa tgok,,punya lama tak klik newpost, lupa plak nak wish assalamualikum.

ok. assalamualikum.haaaa,,ni baru nak mula crita.

sekarang tgah cuti sem, so, memang ronggeng sakan lah. naseb tak tertonggeng jek. setakat ni baru tgok dua muvee, ni nak komen.

First muvee: nur kasih the movie.
ni memang sebijik macam dokumentari jejak rasul je bila tgok. tgok nurkasih trigat jejak rasul, tgok jejak rasul balik ingat nurkasih. so, nak gambaran nurkasih, g google jejak rasul. memang sebijik wa cakap lu. cuma yg lainnye, nurkasih ade jeham miskin ngan mia sara tu. ok. memang nguap2 r dalam cinema tu. cerita dia boleh lah. tapi berlubang lubang. kejap tua kejap muda, kejap mati kejap idop. eee,,xmo komen byak byak r,,,kang khabir bhatia ajak partnership sekali. kan susah.

second muvee: pirates ape entah. lupa tajuk. tapi pirate yg captain jack sparrow tu lah.
cerita ni,,starting memang boringlah. serius. dahlah tgok 3d, spek tu berat, tambah ngan spek betol lagik, udah gelap je skrin tu bila crita menjadi boring. tengah2 ngan akhir2 je best. tapi ape ape pon layanlah. bes dari nur kasih kot. sebab rase jack sparrow tu nak maen kissing plak. atau ini faktor spek 3d tu. lu pikirlah sendiri.

btw, tadi naek bas. ade sepasang kekasih, konon-lovely-tahap-maksimum duduk belakang aku, perhhh perrhhh,,dok bunyi cam ayam mengeram telor tapi yang kluar telur burung. dok aduh-aduh, taknak-taknak, kat belakang aku. seram aku denga. wehhhh,,kalau u'all nak bercinta sekalipon,,,saya tak kesah. tapi tolonglah jgan bwat bunyi pelik pelik. nak je ceramah kat diorg ni tadi. dah lah hijau lagi dua2 ni. baju pon mak bapak basuh lagik. baru abes spm kot. nak je tekan loceng turun teros,, tapi kang aku plak kene jalan kaki. so, lupakan sajalah. :)

rase cam itu je nak tulis. bubui.

p/s: sedang mencari placement internship. harap2 dapatlah yg best2. ngeeee~